Thursday, June 18, 2009

~kekeliruan~

Aku pompuan.
Dia lelaki.

Aku comot.
Diahensem la jugak.

Aku xde kereta.
Dia ada kereta.

Aku cengeng.
Dia penyabar.

Aku degil.
Dia lagi degil.

Aku bising.
Dia tenang.

Aku malas(sikit).
Dia rajin.

Aku keras hati.
Dia lembut hati.

Aku kasar.
Dia lembut.

Aku suka masak.
Dia suka makan.

Aku masak lauk.
Dia akan makan.


Aku suka patung.
Dia suka aku.

Aku gila kamera.
Dia jurugambar.

Aku suka cerita kelakar.
Dia suka hantu beraksi.

Aku suka shopping.
Dia suka privasi.


Aku boleh berenang.
Dia boleh berenang.

Aku suka menyakat.
Dia pun suka menyakat.

Aku nk tgk the Nanny.
Dia nk tgk bola.

Aku tukang sepah.
Dia tukang kemas.

Aku panggil dia tomeyl.
Dia panggil aku tomot.

Aku kata, nyampah u!
Dia kata, I love u!

Senarai ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Sedar xsedar walau banyak perbezaan,realitinya aku masih dengan dia. Betullah,jodoh ini penuh dengan hikmah. Tuhan banyak simpan rahsia. Rahsia-rahsia yang akan terbongkar dengan sendirinya. Mungkin dalam senarai ini,semasa kita masih berkahwin,bayangkan apa lagi senarai akan tercatat selepas berkahwin..hurm,msti melambak huhuhu
Bila aku dapat senaraikan perkara di atas satu-persatu, aku senyum-senyum sendiri,kdg2 benci diri sendiri...tp, Allah memang Maha Adilkan. Kadang2 orang yang kita benci dan banyak perbezaan antara kita tuh..mungkin itu yang Tuhan tetapkan untuk kita.
Jadi, jangan disoal-soal pada Tuhan jika kau tidak dijodohkan dengan pujaan hati. (even sebenarnya hingga kini aku bertanya,mengapa yang satu itu xpernah keluar dari hati aku?)
Macam aku, pernah tanya Tuhan, kenapa --------- tidak pilih aku?
JawapanNya aku dah nampak jelas... (tp,dlm hati aku,harapan itu masih tinggi sebenarnya huhuhu)



No comments: